Aku seorang kakak
Sudah tentu kumahukan yang terbaik untukmu
Mudahan lorong ini memberikan dirimu cahaya
Cinta sebenarnya cinta
Yang kau cari
Berpaksikan Dia
Bukan manusia
Aku seorang kakak
Aku menumpang bahagiamu
Mudahan hari bahagia itu tiba
Seperti yang kau harapkan
Berlangsung seperti yang Dia mahukan
Aku seorang kakak
Aku bukan mencari cinta manusia itu untukmu
Aku hanya melorongkan jalan
Kau yang memilih
Mudahan pilihan itu yang terbaik
Ahad, 14 Oktober 2012
Siapa diriku
Siapa diriku
Aku bukanlah sesiapapun. Manusia biasa, Sama seperti orang lain, Banyak kelemahan. Banyaknya kelalaian penuhnya kehinaan. Aku sedang berusaha mencari diri sendiri. Mencari sesuatu yang hilang sekian lama. Hilangnya dari jiwa bila masa melilit aku dengan kehendak duniaku. Aku lupa jiwaku makin kering. Hampir mati. Sehingga aku sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan diriku. Bergelut mencari kebahagiaan. Tidak pernah ia sampai dalam jiwaku walaupun sekejap.
Mula mencari diri
Entah, Jawapan yang mampu aku berikan andai selepas ini ada yang bertanya. Andai aku mampu menjadi lebih baik dari masa laluku. Bagaimana ianya terjadi? Kupetik kata-kata penulis Hasrizal Abdul Jamil dari bukunya 'Rindu Bau Pohon Tin' ... Bukan Sesat Tapi Tak Jumpa Jalan. Mungkin itulah aku.
Sendirian denganNya
Ya, jiwa ini perlukan Dia.
Titik Mula Sebuah Kembara
'Siapa kamu menentukan cara kamu melihat'. Kesannya pula ialah, 'Cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat'. Petikan Secangkir Teh Pengubat Letih, penulis Hasrizal Abdul Jamil.
Mudahan kembara ini dalam mencari cinta-Nya, aku akan bertemu. Membaja jiwa yang kering ini agar tidak mati. Mudahan aku perolehi hidayah yang dicari.

Langgan:
Catatan (Atom)